CYBERJAYA: Kerajaan telah bersetuju untuk melantik seorang dari kalangan beliau sebagai Senator di Dewan Negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Kenyataan itu dibuat Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Hari Beliau Negara 2022 (HBN 2022) di Pekan Tuaran, Sabah pagi tadi.

“Saya percaya dengan adanya wakil belia dalam Dewan Negara, suara belia akan lebih didengari”. kata Perdana Menteri.

Diawal ucapannya sebelum itu, Perdana Menteri menekankan kepentingan golongan beliau di negara yang disebut beliau sebagai tunjang dalam pembangunan negara dan keutuhan Keluarga Malaysia.

Untuk memperkasakan golongan ini kerajaan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), telah mengarahkan semua kementerian dan agensi masing-masing, agar turut menyediakan pelbagai program yang melibatkan golongan belia agar mereka dapat terus memainkan peranan dalam pembangunan negara

Ini bersesuaian dengan jumlah beliau di negara ini yang mencecah angka 15 juta orang sangat signifikan, sekali gus mempengaruhi setiap perancangan pembangunan negara. Oleh itu jelas beliau, aspirasi dan pandangan belia adalah penting bagi Kerajaan merangka hala tuju dimasa hadapan.

Sambutan HBN 2022 peringkat Kebangsaan tahun ini yang diadakan di luar ibu kota turut menarik perhatian Perdana Menteri kerana pertama kali diadakan diluar kesibukan ibu kota. Apatah lagi daerah Tuaran ini terkenal dengan kawasan peranginan dan destinasi pelancongan sebagai lokasi untuk meraikan belia-belia Keluarga Malaysia dari seluruh negara.

“Walaupun Hari Belia Negara peringkat kebangsaan diadakan di Tuaran, kita tetap membawakan segmen Y-Career iaitu peluang kerjaya melibatkan 30 syarikat yang menawarkan 1,000 peluang pekerjaan untuk belia Keluarga Malaysia tempatan”, tambah Ismail lagi.