Saifuddin Dedah Ada Dalam Kalangan PKR Kini Anggap Anwar Adalah Beban

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja dikritik oleh parti lawan, bahkan juga parti sendiri.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Pemuda parti itu mendedahkan ada yang menyifatkan Anwar sebagai beban dalam parti.

Menafikan dakwaan berkenaan, beliau sebaliknya menyifatkan Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai pemimpin terbaik bukan hanya untuk PKR.

“Sehinggakan pada tahap bukan sahaja beliau ditegur, dikritik dan dihentam terbuka oleh lawan, parti-parti sahabat bahkan hari ini pun kritikan terbuka terhadap sosok beliau kencang datangnya dari dalam parti dan oleh pimpinan sendiri.

“Malahan sudah ada ungkapan bahawa presiden PKR adalah beban atau liabiliti terhadap partinya sendiri,” katanya.

Saifuddin berkata, selepas 20 tahun beliau mendapati disiplin parti itu sedikit terjejas.

“Pemerhatian saya dalam PKR lebih 20 tahun saya dapati perihal disiplin organisasi ini ada sedikit terjejas dan wajib kita perbetulkan.

“Selagi keputusan dibuat secara kolektif tidak mengapa, bila keputusan dibuat secara bersendiri percayalah itu petanda kehancuran parti masa bincang buat keputusan kita boleh berbeza pendapat, itu lumrah organisasi.

“Pada ketika perbincangan terakhir dengan satu keputusan kalau ia tidak menetapi selera kita sekalipun disiplin organisasi kita wajib patuh dengan keputusan yang telah dibuat, wajib patuh dan pertahankan,” tambahnya.

Justeru, Saifuddin menasihatkan supaya pimpinan muda PKR mengutamakan adab dan disiplin serta patuh kepada pemimpin termasuk keputusan dibuat. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat