“Sedih betul melihat satu persatu hospital kerajaan jatuh ke keadaan begini” – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui sedih melihat keadaan hospital kerajaan lumpuh menguruskan Covid-19.

Dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat, Najib mengkritik tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggap sambil lewa terhadap kebajikan hospital yang sedang berperang menguruskan wabak ini.

“Sabar. Naik bendera biru (jangan naik yang putih) untuk tunggu individu itu melawat.

“Mahu berapa kontena?”, dia akan tanya.

“Sedih betul melihat satu persatu hospital kerajaan jatuh ke keadaan begini,” luah Najib.

Bidas beliau, “hanya yang sangat tak berhati perut dan gila sahaja yang akan tunggu 7 hari selepas kapasiti ICU cecah 100 peartus sebelum nak umum Total Lockdown”.

“Lalu Total Lockdown pula dicapatikan cuma dua hari kemudian dengan meluluskan 140,000 syarikat untuk beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan berhubung unit forensik Hospital Selayang, Selangor yang memaklumkan sudah tiada ruang lagi untuk bahagian itu menampung mayat akibat Covid-19 ketika ini.

Ia berikutan jumlah mayat yang diterima semakin meningkat setiap hari susulan pandemik Covid-19 sekali gus kemudahan sedia ada tidak lagi mencukupi.

Dilaporkan dua hari lalu, unit forensik hospital itu menerima 47 mayat dengan 16 daripadanya bukan Covid-19 diletakkan di dalam peti ais. Selain itu, 24 mayat positif Covid-19 di dalam kontena, peti mayat dan bilik post mortem.

“Ada lagi mayat yang tidak dapat disimpan dalam peti mayat di mana ia diletakkan di atas meja bilik post mortem selain ada yang terpaksa diletakkan di atas lantai berlapikkan kayu pallet,” katanya sumber dalaman itu kepada Utusan Malaysia..

Lebih menyedihkan, sumber yang enggan mendedahkan nama itu berkata, mereka terpaksa melakukan pelbagai cara termasuk meletakkan dua mayat di dalam satu peti mayat.

Dalam pada itu, dia mendakwa, atas inisiatif sendiri, pihaknya memohon bantuan wakil rakyat di kawasan tersebut, namun, tiada maklum balas diterima.

“Kami memohon kontena baharu seperti yang diterima oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Keadaan sesak di sini ditambah kekurangan kakitangan.

“Difahamkan kontena baharu akan sampai pada bulan Disember berikutan tiada peruntukan. Bagaimanapun, kalau ada sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mungkin lagi cepat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat