Vaksinasi ‘jumpa terus’ Warga Emas di Lembah Klang Bermula Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) di Lembah Klang kini mula menawarkan pemberian vaksin secara jumpa terus (walk-in) kepada individu berusia 60 tahun ke atas mulai hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pemberian vaksin secara terus itu dimulakan oleh hospital dan intergrasi KKM di seluruh Lembah Klang tanpa perlu mengadakan janji temu.

“Hari ini, ada warga emas hadir mendapatkan vaksin secara walk-in di PPV bawah KKM, hospital dan intergrasi. Bagaimanapun buat masa ini hanya PPV di bawah KKM yang boleh menerima kedatangan warga emas secara walk-in.”

Pemberian vaksin secara jumpa terus tidak membabitkan PPV Mega Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC); Bukit Jalil; Pusat Konvensyen The Mines, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam; Pusat Konvensyen Setia City serta Movenpick Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bagi PPV Mega, seperti yang dinyatakan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) semalam, mereka belum bersedia kerana ada beberapa urusan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dapat beroperasi secara walk-in untuk individu berusia 60 tahun ke atas,” katanya kepada BH hari ini.

Dr Adham turut memaklumkan kesemua mereka yang datang ke PPV itu akan diberi vaksin terlebih dahulu sebelum meminta mereka daftar di MySejahtera.

“Kita tahu, ada dalam kalangan warga emas ini tidak mempunyai MySejahtera atau sebelum ini berada di bawah akaun anak atau penjaga. Jadi bila mereka datang, kita akan cucuk (beri vaksin) dan kemudiannya baru daftar.”

“Pendekatan ini sama digunakan seperti di Sarawak serta ia adalah kaedah paling cepat bagi memastikan kesemua warga emas di Lembah Klang ini mendapat vaksinasi,” katanya.

Ketika ditanya apakah langkah yang diambil bagi mengelakkan kesesakan berlaku di PPV terbabit, Dr Adham berkata, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di PPV awam, beliau yakin kejadian itu dapat dikawal.

“Jumlah warga emas yang masih belum menerima vaksin ini sudah tidak banyak, masih ada segelintir sahaja lagi dan kita sudah melihat semua faktor (sebelum mengumumkan mengenai pemberian vaksin walk-in).

“Jadi saya yakin kesesakan tidak akan berlaku. Di PPV awam kita memang laksanakan SOP yang ketat dan dengan aturan yang ditetapkan itu kita memang sudah bersedia menerima kehadiran warga emas ini,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat