Paduan dua vokal hebat

- Advertisement -

PERSEMBAHAN pada Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33) tahun lalu membuka ruang bagi kedua-dua figura terkenal ini meneruskan kerjasama mereka menerusi projek istimewa iaitu lagu duet Berakhirlah Pencarianku.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh serta lirik oleh Datuk A Aida itu menjadikan lagu terbitan bersama syarikat Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Nova Music itu sesuatu yang dinantikan bagi peminat kedua-dua penyanyi hebat ini, Hafiz Suip dan Ernie Zakri.

Apatah lagi Hafiz dan Ernie membuktikan gelaran penyanyi terbaik menjadi milik mereka selepas masing-masing berjaya dalam kerjaya dibina selain memiliki persamaan pernah memenangi kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL).

Idea kedua-dua syarikat rakaman untuk bekerjasama dalam menghasilkan lagu duet Berakhirlah Penantianku itu pastinya bakal memberi satu lagi warna baharu dalam kerjaya nyanyian Hafiz dan Ernie.

Umum mengetahui Hafiz antara penyanyi lelaki yang sering beruntung kerana dapat berduet dengan beberapa penyanyi wanita terbaik antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Rossa dan Adira. Dan terbaharu bersama Ernie.

Sementara Ernie pula, paduan vokalnya bersama suami tercinta juga penyanyi Syamel tidak perlu disangkal lagi.

Jadi, apabila dua pemilik vokal terbaik digabungkan dalam lagu, tentu saja ia menjadi antara lagu duet yang ditunggu-tunggu buat semua pencinta muzik tanah air.

Harian Metro yang dijemput menghadiri sesi rakaman lagu itu pada Ramadan lalu cukup mengujakan kerana mendengar secara langsung lantunan vokal hebat Hafiz dan Ernie.

Dalam tempoh kurang dua jam, mereka berjaya menyelesaikan tugasan itu. Biarpun ada sedikit perubahan atas permintaan komposer, baik Hafiz mahupun Ernie, mereka sehabis boleh memberikan yang terbaik.

Hafiz, 31, atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip yang ditemui seusai sesi rakaman itu berkata, antara faktor utama dia menerima tawaran berduet dengan Ernie adalah lagu dan Ernie itu sendiri.

“Lagu ini ada unsur-unsur yang saya suka. Macam pernah saya cakap dulu, saya suka lagu yang berunsurkan ketuhanan dan kerohanian yang ada dalam lagu dan bukan yang sia-sia.

“Bagi saya lagu ini satu projek yang bagus, ditambah pula rakan duet Ernie Zakri, itu sebab saya nak buat,” katanya.

Dalam masa sama, Hafiz menyangkal dakwaan dia memilih penyanyi untuk menjadi rakan duetnya.

“Dari segi pemilihan tentu saja setiap penyanyi akan buat yang terbaik. Bukan nak kata penyanyi itu tak bagus, tapi kita nak yang terbaik untuk hasilkan sesuatu projek. Sebab bukan untuk diri kita saja, tapi untuk penyanyi dan pasukan. Kita tak boleh fikir diri kita saja, tapi kena dengar pendapat pasukan.

 

HAFIZ dan Ernie bersama komposer dan penulis lirik.
HAFIZ dan Ernie bersama komposer dan penulis lirik.

 

“Macam saya, bukan saya putuskan sendiri. Selalu saya akan berbincang, jika majoriti kata okay, kita terima. Setakat ini tak pernah lagi tolak, bagi saya kerja berpasukan penting. Jangan penyanyi itu yang buat penilaian sendiri. Sebab di telinga kita rasa tak sedap, tapi orang lain dengar sedap. Saya pernah alami perkara ini ketika zaman lagu Awan Nano,” katanya.

Sementara itu, Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia tidak pernah meletakkan syarat dalam diri bahawa hanya Syamel rakan duetnya.

“Dalam nyanyian baik saya mahu pun Syamel kami tak meletakkan sampai bila-bila kena berduet bersama. Sebab masing-masing faham yang mana kami bermula dengan solo. Jadi, kami ada laluan tesendiri.

“Selepas berkahwin terfikir juga mengenai ‘conflict interest’ sebab kami berdua penyanyi. Tapi, alhamdulillah kami berdua suka berkomunikasi dan meluahkan perasaan masing-masing. Sebab kami berdua, Syamel banyak berikan kebebasan dan ruang. Sama juga macam saya.

“Macam saya dapat berduet dengan Abg Hafiz, ini adalah satu perkara yang mana dari sudut kerja masing-masing tahun ini adalah perkara terbaik. Tiada siapa tak nak pasangan duet yang

‘best’. Jadi, sama juga macam saya, ada juga kerjasama Syamel dengan penyanyi wanita lain selepas ini, saya sebagai isteri akan sokong, akan okey saja,” katanya.

Lebih penting bagi Ernie, persefahaman bagi menjadikan segala perancangan yang diatur berjalan lancar.

“Setakat ini alhamdulillah. Asal saja segalanya terbatas, menjaga diri dan hati pasangan, perkara lain tiada unsur cemburu atau apa, semuanya lebih pada kerja.

“Dan pada saya setiap pasangan yang kena bantu pasangan untuk lebih ke depan.

“Itu yang Syamel buat untuk saya. Dia adalah penyokong yang pertama dan paling gembira apabila dapat tahu saya berduet

dengan Abang Hafiz. Insya-Allah tidak timbul istilah perkara remeh-temeh,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat