KD sempat tatap wajah terakhir arwah bapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti sempat menatap wajah terakhir arwah bapa, Trenggono menerusi panggilan video ketika menghembuskan nafas terakhir di Denpasar, Bali, jam 3 petang (waktu tempatan), hari ini.

Berita pemergian arwah bapanya pada usia 79 tahun dikongsi menerusi laman sosial, Instagram (IG), petang ini.

“Saya mohon doakan arwah bapa dapat diampuni dosa dan diterima amal ibadah.

“Maafkan saya tidak dapat menemani pemergian papa. Al-Fatihah,” tulisnya di IG.

Menerusi hantaran sama, Krisdayanti atau KD turut memuat naik gambar arwah bapa ketika muda.

Berita pemergian arwah bapa pada usia 79 tahun dikongsi Krisdayanti menerusi laman sosial, Instagram, petang ini. - Foto IG Krisdayanti
Berita pemergian arwah bapa pada usia 79 tahun dikongsi Krisdayanti menerusi laman sosial, Instagram, petang ini. – Foto IG Krisdayanti

 

Selain itu, isteri kepada Raul Lemos berkongsi paparan skrin ketika membuat panggilan video melihat wajah arwah bapanya buat kali terakhir.

Bagaimanapun, penyanyi Menghitung Hari itu tidak memaklumkan punca kematian arwah.

Sementara itu, adik KD, Yuni Shara pernah mengungkap cerita lengkap mengenai lelaki yang tidak pernah didedahkan sebagai bapanya.

Mengikut laporan Tribunnews.com, sosok bapa kandung KD dan Yuni Shara tidak pernah terdedah selama berpuluh tahun dalam industri hiburan.

 

Potret kenangan Krisdayanti dan Yuni Shara bersama arwah bapa dan ibunya ketika kecil. - Foto AGENSI
Potret kenangan Krisdayanti dan Yuni Shara bersama arwah bapa dan ibunya ketika kecil. – Foto AGENSI

 

Menerusi IG, Yuni Shara memuat naik foto hitam putih bapanya sempena ulang tahun kelahiran, tahun lalu.

“Kami tidak bersama sejak berusia lima tahun kerana papa mama berpisah. Papa berkahwin lagi dan memiliki empat cahaya mata lelaki dan perempuan.

“Mama juga berkahwin lain dan mempunyai seorang puteri. Jadi, saya dan Yanti (Krisdayanti) mempunyai adik beradik yang ramai.

“Hubungan kami sangat rapat, walaupun papa tinggal di Bali bersama keluarga baharu. Saya dan Yanti berpindah ke Jakarta sejak 1984.

“Semoga kami selalu diberi rezeki, sihat dan kerukunan. Doa saya selalu buat papa, moga sentiasa sihat. Kami sayang papa,” tulisnya. –

AGENSI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat