Langgar SOP, 180 Kilang Dan Premis Perniagaan Dikenakan Tindakan – TPM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan telah dikenakan tindakan semalam kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui kenyataan medianya berkata, sebanyak 65 premis pada hari ini juga dikenakan tindakan atas kesalahan yang sama.

“Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan kotmitmen Kerajaan dalam menyediakan strategi yang jelas bagi menangani pandemik Covid-19. Kerajaan juga melaksanakan langkah-langkah penguatkuasaan SOP yang tegas termasuk operasi pematuhan, tindakan pengawalan dan pemeriksaan (snap check) peremis-premis perniagaan serta kilang-kilang.” kata beliau.

Tegas Ismail Sabri, kerajaan tidak akan berkompromi jika terdapat pelanggaran arahan serta SOP dala apa jua situasi kerana apa yang menjadi keutamaan kini adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Jika ada mana-mana premis masih berdegil dan melanggar arahan pihak berkuasa, tindakan keras termasuk arahan tutup serta-mera akan dikenakan.” ujar beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat