Kluster Tempat Kerja Kekal Penyumbang Terbanyak Kes Covid – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia terus mencatatkan pertambahan kluster Covid-19 baharu apabila sebanyak 37 kluster direkodkan dengan kluster tempat kerja penyumbang terbanyak iaitu 19 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, turut direkodkan lapan kluster komuniti, empat kluster pusat tahanan manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan, masing-masing tiga kluster.

Kluster tempat kerja katanya, Satu Lagenda di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka (39); Tapak Bina Jalan Lagong di Gombak, Selangor (37); Jalan Mayang Pasir di Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang (33); Industri Alam Jaya Tiga di Kuala Selangor, Selangor (31); Lorong Baiduri Satu di Maran, Jerantut dan Temerloh, Pahang (27); Industri Lot Satu di Melaka Tengah, Melaka (26); Lorong Gemia di Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu (24); Jalan Mahkota Kuantan di Kuantan, Pahang (21) dan Jalan Setiawangsa 11 di Titiwangsa, Kuala Lumpur (20).

“Bakinya, Persiaran Cassia Selatan Satu di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (17); Lorong IKS Juru Tiga di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (16); Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Kelantan (16); Industri Jalan Rukun Dua di Kuala Selangor, Selangor (14); Setapa di Kota Tinggi, Johor (13); Jalan Gunung 32 di Johor Bharu, Johor (12); Jalan Chengal Temerloh di Temerloh, Pahang (12); Seksyen 11 Jalan Maju di Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kelantan (10); Jalan Lok Heng di Kota Tinggi, Johor (10) dan Persiaran SIBC Satu di Perak Tengah, Perak (8).

“Kluster komuniti pula, Jalan Bangsar di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (131); Tok Jiring di Kuala Nerus, Terengganu (33); Lempaong di Betong, Sarawak (31); Kampung Alor Hijau di Pasir Puteh, Kelantan (25); Bukit Tinggi di Meradong, Sarawak (21); Kampung Lubuk Pusing di Manjung, Perak (21); Kampung Kukup di Pontian, Johor (18) dan Terusan Utama di Sabak Bernam, Selangor (16),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kluster pusat tahanan, Bakti 2 di Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan (402); Kolam Air 2 di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang, Kedah (94); Tembok Choh 3 di Johor Bharu, Johor (79) dan Tembok Tawakal Kluang di Kluang, Johor (49).

“Kluster kumpulan berisiko tinggi pula, Batu Tujuh Jalan Kebun di Klang, Selangor (55); Pekan Ranau di Ranau, Sabah (15) dan Mahkota Batu 19 di Kulai dan Johor Bahru, Johor (6) manakala kluster pendidikan, Jalan Pulai Indah 27 di Johor Bharu, Johor (14); Jalan Cengal Selatan di Titiwangsa, Kuala Lumpur (13) dan Putra Bertam di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (11),” katanya.

Beliau berkata, Malaysia terus merekod kes positif Covid-19 melebihi 12,000 iaitu 12,541 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,745 kes.

Katanya, sebanyak 115 kematian dicatatkan dengan 896 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 459 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 114,053 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,512 kes diikuti Negeri Sembilan (1,619), Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382), Pulau Pinang (376), Sabah (326), Perak (299) dan Kelantan (225).

“Terengganu pula merekodkan kes di bawah 200 iaitu 102 kes serta dua wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Labuan (24) dan Putrajaya (62) manakala Perlis hanya tujuh kes,” katanya.

Mengulas mengenai 115 kematian, beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang kematian terbanyak iaitu 53 kes diikuti 24 kes di Kuala Lumpur,masing-masing tujuh kes di Johor dan Melaka, lima kes di Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Negeri Sembilan dan Kedah, masing-masing tiga kes di Sabah dan Perak, masing-masing dua kes di Kelantan dan Terengganu, serta satu kes di Labuan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat