Wan Kuzri Akan Sertai Skuad B-18 Negara

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman Langkah Sheraton

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Bandar (KPLB) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi. Kelulusan bagi KPLB diluluskan melalui undian suara setelah...

PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana...

PETALING JAYA, 15 Julai — Pemain Akademi Bola Sepak St Louis, Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal, dijangka menyertai sesi kem latihan skuad Bawah 18 Tahun (B-18) kebangsaan, buat kali pertama esok.

Pengurus pasukan Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata, pemain tengah berusia 18 tahun itu, yang telah menjalani ujian swab COVID-19 kedua hari ini, dijangka menyertai 34 barisan pemain apabila tempoh kuarantin wajibnya berakhir esok.

“Wan Kuzri akan bersama kita, insya-Allah selepas tamat menjalani proses kuarantin selama 14 hari dan esok, beliau akan menjalani latihan buat pertama kali bersama kita.

“Saya belum terima keputusan ujian calitan keduanya, tetapi saya dimaklumkan esok beliau akan memotong gelang kuarantin,” katanya ketika ditemui pemberita, pada sesi latihan skuad B-18 negara di Wisma Persatuan Bola Sepak (FAM) Kelana Jaya di sini, hari ini.

Skuad B-18 kini dalam persiapan menghadapi Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, yang menjadi pentas kelayakan ke Piala Dunia B-20 2021 dan menyasarkan muncul pasukan Malaysia pertama layak secara merit, ke pentas Piala Dunia.

Pada kejuaraan yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Okt itu, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yemen.

Sementara itu Ketua Jurulatih U-18 Brad Maloney  memuji dedikasi dan profesionalisme pemain pada kem latihan yang masuk hari ke-10.

“Saya dapat lihat persaingan antara satu sama lain amat tinggi, jadi banyak persaingan bagi merebut tempat, ada yang tiga atau empat pemain bersaing bagi mendapatkan satu tempat dalam pasukan.

“Pemain datang untuk bersaing dan saya boleh lihat mereka telah lakukan usaha lebih lagi, sendiri, seperti datang awal ke latihan dan lakukan persediaan dengan baik. Saya dapat lihat dedikasi daripada pemain dan tahap profesionalisme mereka amat baik,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina...

Kelantan Saman Penyokong

KUALA LUMPUR: Sudah puas bersabar dengan segala tuduhan dan tohmahan di media sosial akhirnya pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa...

Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris: Leicester 1 (Barnes 86) Fulham 2 (Lookman 30, Cavaleiro 38-pen) West Ham 2 (Ogbonna 2, Bowen 46) Aston Villa 1...