Zahid Sifatkan Pemergian Allahyarham Dato’ Khusairi, Satu Kehilangan Besar

- Advertisement -

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian ADUN Slim, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abd Talib semalam, sebagai satu kehilangan besar kepada UMNO khasnya dan negeri Perak amnya.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang komited kepada tugas memperjuangkan nasib rakyat.

Semasa ditemu bual oleh Bernama yang turut dikongsi di laman Facebooknya malam tadi, Zahid turut memuji Allahyarham sebagai seorang yang mesra dengan rakan-rakan dan sentiasa mendampingi rakyat.

Mohd Khusairi disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan jantung petang tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibunya di Felda Sungai Behrang, Slim River dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran.

Zahid turut mengimamkan sembahyang jenazah Allahyarham di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong sebelum dibawa ke Slim River – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat