Isu Belia Mendapat Perhatian Pemuda BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Pemuda Barisan Nasional (BN) telah menubuhkan pasukan khas sebagai perantara memberi cadangan kepada kerajaan berkaitan perkara yang melibatkan isu belia selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tamat.

“Fokus utama diberikan kepada skim jaminan pekerjaan melalui pelbagai inisiatif dan inovasi sosial, dan pasukan khas itu ditubuhkan untuk memberi cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2021 dan dan Rancangan Malaysia Ke-12, menurut Pengerusinya Datuk Dr Asyraff Wajidi.

Pasukan ini akan bergerak keseluruh negara untuk berjumpa dengan pelbagai kumpulan belia seperti persatuan belia dan badan bukan kerajaan untuk mendapatkan maklum daripada mereka bermula minggu depan.

“Selepas itu, kita akan perhalusi cadangan ini satu persatu yang Pemuda BN rasakan perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan dalam memperkasakan ekonomi anak muda. Asyraff memberitahu pada  sidang media selepas mempegerusikan Mesyuarat Pemuda BN di PWTC, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda MCA Nicole Wong, Ketua Pemuda MIC R.Thinalan dan Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Hamdan.

Foto: UMNO Online

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat