Pemilihan PPBM : Muhyiddin Calon Tunggal Presiden  

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa pemilihan PPBM mengumumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon tunggal bagi jawatan presiden PPBM.

Bagi jawatan timbalan presiden pula menteri besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, calon tunggal bagi jawatan tersebut.

Pengerusi jawatankuasa permilihan (JPP) PPBM, Syed Hamid Albar berkata, jawatankuasa itu pada hari ini mengadakan proses cabutan nombor calon di ibu pejabat PPBM bagi jawatan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, Pemuda dan Wanita.

“JPP turut mengambil maklum hasrat calon untuk mencetak nama mereka seperti yang dikenali umum pada senarai rasmi yang akan diedarkan ke semua bahagian, termasuk gelaran darjah kebesaran dan gelaran akademik.

“Calon-calon yang berhasrat melakukan perubahan dalam cetakan rasmi nama mereka bolehlah memaklumkan kepada JPP secara bertulis melalui email [email protected] 25 Julai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mesyuarat MPT PPBM memutuskan perhimpunan agung tahunan (PAT) pari itu akan berlangsung pada 27 September ini.

Setiausaha agung PPBM, Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat turut menemtapkan PAT bagi sayap Pemuda dan Wanita akan berlangsung serentak pada 26 September.

Terdapat 17 calon yang disenaraikan untuk jawatan naib presiden PPBM, termasuk Ronald Kiandee, Mohd Md Redzuan Yusof, Ab Rashid Ab Rahman, Mazlan Bujang dan Mohd Radzi Md Jidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat