Mira bergelar tunangan Wan Emir

KUALA LUMPUR: Teka-teki status pelakon, Mira Filzah dengan anak kenamaan, Wan Emir Astar terjawab apabila mengesahkan sudah bergelar tunangan orang.

Bagaimanapun, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2019 itu enggan mendedahkan tarikh rasmi dirinya disunting.

“Buat masa ini, saya diminta untuk tidak mendedahkan lagi. Insya-Allah, jika semuanya sudah ditetapkan, saya akan umumkan dan tidak melupakan media,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar, The Nurflix Initiative di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor, di sini, hari ini.

Mengulas khabar angin mendakwanya bakal disatukan pada Oktober ini, Mira hanya melemparkan senyuman penuh makna.

“Alhamdulillah, apabila Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kapasiti majlis perkahwinan boleh melebihi 250 orang, jadi insya-Allah. Jika, sudah ada tarikh saya akan berkongsi nanti,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Mira tidak menafikan sedang membuat persiapan.

“Persiapan sedang dilakukan, tetapi setakat ini, saya tidak pasti berapa peratus sudah bermula,” katanya.

Sebelum ini, Mira dan Wan Emir yang juga anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober depan.

Difahamkan, Wan Emir yang juga ahli perniagaan memiliki firma seni bina dan perusahaan perniagaan sudah menghantar rombongan meminang Mira, baru-baru ini.

Berita harian

 

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Bicara Tangguh Lagi, Hakim Minta Zahid tak Hadir Mesyuarat Seminggu Sebelum Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa siri perbicaraan tertangguh, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh, Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Stephen Chow Sedih Pemergian Ng Man-tat

BERITA kematian pelakon legenda Hong Kong, Ng Man-tat pada Sabtu telah mengejutkan industri hiburan di seluruh dunia terutama sekali peminat yang membesar dengan filem...

Lady Gaga tawar RM2 juta untuk pulangkan anjingnya

Los Angeles: Penyanyi dan pelakon popular, Lady Gaga menawarkan ganjaran lumayan sebanyak RM2 juta kepada mereka yang menemui dan memulangkan dua ekor anjing peliharaannya...

David Foster dapat anak pada usia 72 tahun

Los Angeles: Penerbit dan komposer terkenal, David Foster menimang cahaya mata lelaki pada usia 72 tahun semalam hasil perkahwinan dengan isterinya yang juga penyanyi...