WhatsApp menyertakan ciri baharu migrasi Android kepada iPhone

- Advertisement -

Pengguna Android tidak lagi menghadapi sebarang masalah untuk melakukan migrasi peranti kepada sistem operasi keluaran Apple iaitu iOS khususnya untuk data maklumat berkaitan WhatsApp.

Medium komunikasi dan mesej paling popular di dunia iaitu WhatsApp menyertakan ciri baharu berkenaan sekali gus pengguna Android yang mahu bermigrasi kepada iOS tidak lagi perlu menggunakan perisian pihak ketiga.

Ciri baharu berkenaan diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckenberg dan proses migrasi berkenaan turut mengutamakan privasi data pengguna.

“Kami menambah ciri baharu pada WhatsApp iaitu keupayaan untuk menukar antara telefon dengan selamat dan memindahkan sejarah sembang, foto, video dan mesej suara antara Android dan iPhone sambil mengekalkan penyulitan hujung ke hujung.

“Ini ialah ciri yang paling banyak diminta. Kami melancarkan butang keupayaan Android kepada iPhone,” katanya.

Pada masa sama, Beta ciri baharu berkenaan sudah dilancarkan sebentar tadi, tetapi ia akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk sampai kepada semua pengguna.

Ini adalah cara biasa melancarkan aplikasi beta WhatsApp, bagaimanapun, jika pengguna ingin mendapatkan akses dalam masa 24 jam, anda boleh berkongsi nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp anda dan saya boleh meminta pasukan kami menyenarai putih anda.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat