Teman artis kenang budi Pak Hamid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Pak Hamid, 89, cukup dirasai teman seperjuangan termasuk pelakon generasi baharu yang menganggap peluang bekerjasama dengan pelawak legenda itu sebagai ‘hadiah’ paling mahal dalam mengukuhkan nama di persada seni.

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi menyifatkan arwah seniman sejati.

“Kerjaya seninya berterusan berpuluh tahun hingga hujung usia. Arwah banyak memperhambakan dirinya dalam dunia lakonan dan berlawak.

“Kita pasti rindu keletah spontan dan aksi selamba arwah yang selama ini mencuit hati ramai,” katanya.

Pak Hamid meninggalkan legasi seni tidak ternilai yang pastinya terus dikenang seperti senyuman manis, wajah selamba dan jenaka mencuit hati yang menjadi identiti figura hebat ini.

 

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar pernah beraksi dengan Allahyarham Pak Hamid dalam beberapa drama dan kali terakhir mereka membintangi filem Superbike The Movie arahan Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi.

“Filem itu diperam lima tahun atas masalah teknikal. Namun, Superbike The Movie akhirnya ditayangkan di Astro First pada 2020. Seronok berlakon dengan arwah kerana lawaknya selamba.

“Kami juga sempat terbabit menjalani penggambaran iklan sempena Hari Belia Negara dan mempromosikan filem berkenaan. Ketika penggambaran iklan terbabit, arwah ‘sempoi’ tetapi komited dengan kerjanya.

“Walaupun terpaksa berpanas dan memakai sut perlumbaan motosikal yang berat, arwah sanggup buat tanpa banyak songeh.

“Arwah tiada galang ganti. Dalam beraksi, arwah tidak perlu bercakap atau diberi dialog panjang. Dirinya sendiri sudah kelakar dan dianggap legenda,” katanya dihubungi BH Online.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat