Wings buka tirai Fabulous Friday di DFP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock legenda, Wings menjadi artis pertama pilihan Shiraz Projects Sdn Bhd untuk membuka tirai persembahan Fabulous Friday setiap bulan, mulai 16 Julai depan.

Lebih istimewa, Fabulous Friday bakal dipentaskan di lokasi berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Fabulous Friday adalah acara muzik yang bakal berlangsung setiap bulan dengan pemilihan selebriti tempatan dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, berkata kerjasama dengan Wings di lokasi yang berprestij yang menyediakan sistem bunyi terbaik sudah menjadi impian syarikat.

“Kita tahu Wings sudah menjelajah ke serata tempat dengan lagu dan persembahan yang sentiasa ditunggu peminat.

“Ini suatu penghormatan buat pihak Shiraz Projects. Kami sangat teruja dapat berkolaborasi dengan kumpulan legenda ini. Kami berjanji akan memberi persembahan dengan aura dan konsep berbeza di DFP.

“Kami yakin peminat tegar Wings tidak sabar menanti persembahan mereka. Apatah lagi, konsert dipersembahkan di pentas berprestij yang akan memberi ketenangan dan suasana berbeza,” katanya.

 

Wings menjadi artis pertama pilihan Shiraz Projects untuk membuka tirai persembahan Fabulous Friday setiap bulan, mulai 16 Julai depan.

 

Shirazdeen berkata, lagu yang bakal dipersembahkan di pentas Fabulous Friday akan meninggalkan kenangan berbeza dan sukar dilupakan peminat Wings.

Persembahan Wings bukan sahaja dimantapkan dengan vokal padu dan bertenaga, Datuk Awie, malah dihangatkan dengan kehadiran Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim.

Sementara itu, Shirazdeen berterima kasih Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) serta MyCreative Venture kerana memberi sokongan kepada penggiat seni.

“Tanpa sokongan agensi terbabit, adalah sukar untuk kami melaksanakan konsert ketika industri kreatif beransur pulih daripada pandemik,” katanya.

Peminat boleh mendapatkan tiket merangkumi sesi bertemu anggota Wings bernilai RM650, kategori Diamond (RM375) dan Platinum (RM250).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat