Pahang Akan Pergiatkan Pembinaan Rumah Mampu Milik – Wan Rosdy

- Advertisement -

ROMPIN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri Pahang komited untuk menyediakan kediaman yang selesa dengan harga yang mampu milik untuk rakyat Pahang.

Jelasnya antara projek perumahan mampu milik yang Kerajaan Negeri tawarkan kepada rakyat adalah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang membolehkan golongan sederhana iaitu M40 memiliki kediaman dengan harga jualan RM150,000 ringgit.

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut mempergiatkan pembinaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan secara percuma kepada rakyat dari golongan miskin atau miskin tegar.
Berhubung inisiatif ini, pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah menambah bilangan Rumah Rakyat Pahang daripada 4 buah kepada 6 buah rumah bagi setiap kawasan Dewan Negeri dengan jumlah keseluruhan sebanyak 266 unit.” ujarnya ketika menghadiri Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA Pahang) berhampiran Taman Pinggiran Pelangi, Bandar Muadzam Shah, Mukim Bebar, Rompin, sebentar tadi.

Dalam pada itu kata Wan Rosdy lagi, projek PR1MA Pahang di Taman Pinggiran Pelangi ini melibatkan 412 unit rumah berkembar berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dibina di atas tanah seluas 2,800 kaki persegi dan dijual pada harga RM150,000 seunit.

“Sebanyak 17 lot kedai dua tingkat dan sebuah lot perniagaan turut dibina di sini bagi memberi kemudahan kepada penduduk.

“Bagi menambah keselesaan penghuni, projek ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tadika, surau, tapak penjaja, tangki air, dan dewan orang ramai.” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat