PAS nasihatkan orang Islam tak sertai Bon Odori, tidak minta dibatalkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS Selangor setuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad yang menasihatkan orang Islam agar tidak menyertai festival Bon Odori, bagaimanapun parti Islam itu tidak menggesa agar ia dibatalkan.

Demikian pendirian PAS Selangor yang disampaikan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan di Istana Bukit Kayangan semalam.

Memetik laporan New Straits Times, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu, tiada masalah antara Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan PAS.

Beliau berkata demikian susulan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi yang mengadap Sultan Sharafuddin berhubung isu festival Bon Odori, pada Rabu.

“Tuanku ingin tahu pendirian kita berkenaan festival Bon Odori.

“Tuanku memberikan pandangannya dan kami juga memaklumkan kami menghormati pandangan itu. Kami beritahu Tuanku pendirian kami dan paling penting, kami beritahu yang kami sokong sepenuhnya peranan istana dalam menyatukan rakyat.

“Kedua-dua pihak tiada masalah antara satu sama lain,” katanya.

Menyatakan yang PAS Selangor setuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad yang menasihatkan orang Islam agar tidak menyertai festival itu, Roslan menegaskan parti itu tidak menggesa agar ia dibatalkan.

Katanya, PAS Selangor mempertahankan kenyataan Idris kerana ia hanyalah nasihat kepada umat Islam.

Menurut laporan semalam, pertemuan di Istana Bukit Kayangan itu berlangsung selama kira-kira sejam.

Perkembangan itu hadir selepas Ahmad Yunus pada 10 Jun mengingatkan umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perayaan Bon Odori.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama Idris Ahmad memberitahu umat Islam supaya tidak menghadiri Bon Odori kerana mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meneliti Bon Odori dan percaya ia mempunyai unsur keagamaan lain.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan menteri itu dan meminta Idris menghadiri majlis berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat