Pengasas Dnars terbunuh atau dibunuh? Keluarga mohon siasatan lanjut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia akibat kemalangan di Thailand pada 18 Mei 2019 membuat laporan polis bagi memohon siasatan lanjut.

Menurut sumber keluarga, laporan polis itu ditelah direkodkan di Balai Polis Tumpat Kelantan.

Difahamkan satu laporan polis dibuat di Tumpat, Kelantan hari ini oleh ahli keluarga bagi memohon siasatan lanjut antara Polis Malaysia dan Polis Thailand.

“Masyarakat telah lama curiga tentang kematian dan sering menjadi perbahasan di media sosial.

“Kemunculan beberapa bukti dan saksi yang baru yang mencurigai kemalangan itu,” katanya.

Pada 18 Mei 2019 Faziani meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani.

Kereta dinaiki mangsa dan suami itu dilaporkan melanggar lori sedang parkir di tepi jalan.

Faziani berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat