40,000 Pengguna KTMB Terima Manfaat Perkhidmatan Percuma Selama Sebulan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Hampir 40,000 pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Lembah Klang dijangka menerima manfaat sehari melalui pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan mulai hari ini (Khamis).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Rani Hisham Samsudin, pemberian perkhidmatan percuma itu membabitkan 57 rangkaiannya bagi laluan Lembah Klang.

Beliau berkata, antara laluan yang terlibat dalam pemberian tambang percuma adalah Batu Caves-Pulau Sebang (Tampin),Tanjung Malim-Pelabuhan Klang.

Tambang percuma ini juga katanya, turut ditawarkan bagi perkhidmatan Skypark Link yang beroperasi bagi laluan antara KL Sentral ke Terminal Skypark, Subang.

“Penumpang masih perlu mengimbas kad Komuter Link di pintu masuk serta pintu keluar seperti biasa.

“Kepada mereka yang tidak mempunyai kad Komuter Link, mereka boleh mendapatkannya di stesen-stesen komuter yang berhampiran.

“KTMB mempelawa orang ramai termasuk mereka di luar Lembah Klang untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk membawa ahli keluarga beriadah mahupun bercuti di ibu kota,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, pengguna yang menggunakan kad Touch n Go juga perlu mengimbas kad tersebut di pintu masuk dan pintu keluar.

“Pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis mengumumkan kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta bagi memberikan perkhidmatan percuma kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.

Beliau berkata, peruntukan tersebut membolehkan penumpang di dua perkhidmatan itu menikmati kemudahan tersebut selama sebulan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat