Mahathir Tolak Dakwaan Tidak Lagi Relevan Dalam Politik

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak lagi relevan dalam politik Malaysia dan menyifatkannya sebagai hanya pandangan peribadi.

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) itu berkata, Najib berhak membuat apa sahaja ulasan yang menyifatkannya tidak relevan dalam arena politik tanah air ketika ini.

“Saya tidak relevan itu pendapat beliau (Najib) dan orang lain mungkin mempunyai pendapat yang berbeza dan beliau mempunyai hak untuk menganggap sesiapa sahaja sebagai tidak relevan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PEJUANG di sini hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Najib bahawa bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu sudah tidak relevan.

Pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru-baru ini Najib dilaporkan berkata Mahathir dilihat sudah tidak lagi relevan.

Najib berkata, ia dapat dilihat menerusi kempen bekas perdana menteri itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini yang menyaksikan parti pimpinan Dr Mahathir ditolak oleh rakyat apabila calonnya hilang wang deposit.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya tarikh sesuai diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Dr Mahathir berpandangan ia perlu diadakan apabila penggal Parlimen tamat tahun hadapan.

Katanya, tarikh yang sesuai diadakan PRU ialah sekiranya mengikut jadual PRU-15 yang tamat pada 16 Julai 2023.

“Saya dapati pihak kerajaan ingin mengambil peluang mengadakan awal sebab parti-parti lawan (pembangkang) tidak bersedia supaya diadakan lebih awal supaya mereka dapat kemenangan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat