FIFA Tarik Balik Larangan Perpindahan Ke Atas Perak FC

- Advertisement -

IPOH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini telah menarik balik larangan perpindahan ke atas Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Dalam e-mel kepada pengurusan kelab, FIFA menyatakan badan bola sepak dunia itu telah menerima surat menyurat daripada pemiutang bahawa dana yang terhutang telah dipindahkan ke akaun masing-masing mengikut Perkara 13, Peraturan yang Mentadbir Prosedur Jawatankuasa Status Pemain dan Penyelesaian Pertikaian Dewan.

Pengerusi XOX Berhad, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi yang juga Pengerusi Perak FC mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas bantuan dan bimbingan mereka.

“Agenda ini adalah keutamaan kami, untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain yang berkaliber. Malangnya, penyokong terpaksa mengharungi sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata.

“Ini menunjukkan komitmen kami untuk memastikan Perak FC dapat mengekalkan sejarah 101 tahunnya serta melangkah ke kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Abdul Azim mengingatkan semua pihak supaya tidak lupa jasa serta, usaha gigih pemain muda yang telah mencuba yang terbaik pada sesi pertama musim ini.

Menurutnya, Perak FC kini bebas untuk menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan ini dan akan menandatangani tiga pemain import ke kelab itu, tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan.

“Penyokong dijemput untuk melihat aksi pemain baharu dalam perlawanan persahabatan pada Ahad, 19 Jun ini pukul 9 malam menentang Christian Seoul University di Stadium Perak, Ipoh,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat