Presiden UMNO Bertemu Sultan Perak?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (semuanya dari UMNO) dilaporkan menghadap Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Changkat, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut sumber, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama dua orang lagi pemimpin kanan Barisan Nasional diperkenan menghadap baginda.

Setakat ini SuaraTV tidak mendapat pengesahan kepada pihak terbabit mengenai pertemuan mahu pun topik perbincangan. Bagaimanapun beberapa pihak termasuk ahli Parlimen UMNO mengesahkan mendengar mengenai pertemuan tersebut tetapi tidak pasti tujuannya.

Dipercayai ia berkaitan dengan menyampaikan pandangan sebelum Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja petang ini.

UMNO kini dikatakan berpecah dua kumpulan antara mereka yang mahu kekal dalam kerajaan dan mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan ini.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan bermula pada 2.30 petang hari ini akan menerima sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara dari beberapa agensi berkaitan.

Persidangan ini juga dijangka mendengar hasil dapatan pertemuan YDP Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan 18 pemimpin parti politik minggu lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat