Penggunaan Nama Perdana Menteri Perlu Ikut Kad Pengenalan – PMO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua dokumen rasmi berkaitan nama Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama aslinya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md Yasin, bukan lagi Muhyiddin Yassin.

Menurut satu memo Pejabat Perdana Menteri (PMO) menetapkan urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan akan menggunakan nama rasmi Perdana Menteri (Tan Sri) Mahiaddin Md Yasin.

Memo perhubungan bertarikh 3 Jun 2021 ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan ditujukan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

“Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi perdana menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin.

“Sehubungan itu, semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan yang memerlukan penggunaan dan tandatangan atas nama Perdana Menteri hendaklah menggunakan nama rasmi Perdana Menteri seperti di atas.

“Arahan ini berkuat kuasa serta merta,” menurut memo itu.

Pada 2 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan satu perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin kerana tidak menggunakan nama seperti dalam kad pengenalannya.

Bagaimanapun, Muhyiddin menggunakan nama sebenarnya dalam kesemua empat proklamasi darurat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat