Permudahkan Birokrasi, Percepatkan Proses Vaksinasi Kepada Rakyat – Agong

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan pandangan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda melihat Parlimen sebagai platform penting untuk wakil rakyat bersidang membincangkan pelbagai isu termasuk penularan wabak Covid-19 dan perbelanjaan kerajaan dalam membantu rakyat.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Fadil memaklumkan, baginda turut menzahirkan harapan agar proses vaksinasi dipercepatkan supaya jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan.

“Baginda menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus (herd immunity) dapat dicapai seawal mungkin,” katanya.

Selain itu, baginda juga menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat negara ini yang bertungkus lumus mengorbankan masa serta penat lelah dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19.

“Baginda mengambil kesempatan ini menzahirkan setinggi penghargaan atas sokongan berterusan Raja-Raja Melayu yang juga mencerminkan keprihatinan tinggi Raja-Raja Melayu terhadap kemaslahatan negara dan kelangsungan hidup rakyat.

“Baginda turut mengambil kesempatan ini mengajak rakyat bersama mendoakan rakyat Malaysia dan negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat