Siti Kassim Disiasat Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktitivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim memaklumkan sedang disiasat polis berhubung.

Beliau juga dikenali sebagai Siti Kasim memaklumkan perkara tersebut melalui hantaran di laman Facebook miliknya.

Meskipun tidak menyatakan berkenaan siasatan tersebut namun, dipercayai ianya berkaitan dengan kenyataannya sebelum ini yang berkaitan dengan penutupan sekolah tahfiz.

“Nampaknya sama seperti orang lain sesiapa yang mempersoalkan PIS (PAS) akan dipanggil oleh Bukit Aman. Saya salah seorang daripadanya. Hannah Yeoh (ahli parlimen Segambut) seorang lagi,” tulisnya di Facebook petang tadi.

Pada 26 Mei lalu Siti menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

Menurutnya peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu (Pas) mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” katanya melalui laman Facebook sebelum dipadam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat