Pandemik wabak Coronavirus Covid-19 masih belum ada tanda penurunan ketara. Dengan semua sempadan antarabangsa ditutup, sektor pelancongan seluruh dunia kini menjadi salah satu aktiviti paling teruk dilanda wabak ini. Banyak negara mencari cara untuk meningkatkan sektor pelancongan mereka. Setakat ini, rancangan Kerajaan Jepun paling menarik perhatian saya. Kerajaan Jepun Cadang Tanggung 50% Bila Anda Travel Ke Jepun.
Ya memang benar. Sila rujuk kepada sumber ini World Of Buzz Japan Covid-19.
Menurut Japan Times, negara itu melaporkan hanya 2.900 pelancong asing telah mengunjungi negara matahari terbit itu pada bulan April 2020. Ia satu jumlah penurunan 99.9% dari tempoh yang sama tahun lalu. Seatutnya, ia antara musim paling sibuk kerana musim Bunga Sakura yang begitu popular di Jepun.
Untuk menyelesaikannya, kerajaan Jepun merancang untuk menanggung separuh daripada perbelanjaan perjalanan pelancong! Bermakna secara mudah, jika kos perjalanan anda sepatutnya bernilai MYR5000, anda hanya mungkin diberikan diskaun (mengikut syarat-syarat tertentu) dan hanya membayar sekitar MYR2500 sahaja. Menarik bukan???
Sekiranya pandemik Covid-19 segera reda, program ini yang telah diperuntukkan JPY1.35 trilion (MYR5.48 trilion), mungkin akan bermula pada bulan Julai 2020. Pelancongan di negara Jepun terjejas teruk oleh penundaan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang pada awalnya dijadualkan pada bulan Julai 2020. Disebabkan wabak, ia telah ditunda pada tahun 2021.
Buat masa ini, kerajaan Jepun belum menyatakan bagaimana subsidi perjalanan akan berfungsi. Sekiranya terdapat had pada jumlah yang akan mereka lindungi, perbelanjaan apa yang layak dalam subsidi ini dan bagaimana pengembara akan dibayar balik? Apapun ia satu berita baik yang akan menarik ramai pelancong asing untuk melancong ke Jepun dengan kos yang lebih murah berbanding sebelum ini.
MrJocko sendiri sempat melawat Tokyo pada bulan Januari 2020 sempena dengan cuti Winter Trip dan juga Pameran Tokyo Auto Saloon 2020 (TAS2020) yang berlangsung di Makuhari Messe. Selama 6 hari 5 malam, kos kami di sana sekitar MYR5000 termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan minum dan juga pengangkutan.
Jika selepas ini ia diberi diskaun sehingga 50%, ia pagi menarik. Itinerary yang sama, kita hanya membayar separuh sahaja. Wow!!! #VisitJapan #JNTO
Sumber:- mrjocko