Terus teranglah, titah adendum ada atau tidak? – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan yang dianggap tidak berterus terang sama ada titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan beliau menjalani tahanan rumah wujud atau tidak.

Najib bertanya adakah persoalan kewujudan titah adendum itu sangat sukar untuk dijawab oleh kerajaan.

“Kawan dan lawan turut tuntut ketelusan berkenaan tidah adendum Najib dari kerajaan termasuk daripada menteri-menteri Umno.

“Sekadar jawab titah tersebut wujud atau tak wujud pun kerajaan susah,” bidas Najib di Facebooknya.

Beliau turut berkongsi tangkap layar berita berkait kenyataan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menuntut menteri-menteri dalam Kerajaan Persekutuan berterus terang berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu atas alasan keperluan untuk ketelusan dan pematuhan kepada prinsip Perlembagaan.

Bukan cuma Zaid malah bekas ketua menteri II Pulau Pinang, Prof P.Ramasamy juga mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berterus terang mengenai tahanan rumah Najib dengan rakyat Malaysia?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat