PM harap guru terus berbakti untuk anak-anak Keluarga Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap golongan pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia.

Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, beliau berkata tanggal 16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna buat warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

“Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

“Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.

Ismail Sabri berkata tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ bertepatan dengan komitmen mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara.

Majlis pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat