Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Ervin, Mohd Syarul dan Rachel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada tiga atlet negara yang merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, semalam.

Menerusi poster di laman Facebook Istana Negara di sini hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan berkenaan terhadap pemain golf negara Ervin Chang, atlet bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen atas kejayaan mereka pada temasya dwitahunan itu.

Ervin menjadi pemain golf pertama Malaysia memenangi pingat emas individu lelaki pada Sukan SEA apabila menewaskan pencabarnya Amadeus Susanto Christian (70-71-68) dari Indonesia dalam perlawanan “playoff” tiga lubang selepas kedua-duanya terikat pada kedudukan tujuh di bawah par 209 selepas mengharungi tiga pusingan di Heron Lake Golf Course & Resort.

Mohd Syarul Azman pula berjaya meraih emas pada penampilan pertamanya pada temasya itu dengan menewaskan empat pesaingnya bagi acara ‘Men’s Athletics Physique’ di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.

Gimnas artistik negara Rachel pula menghadiahkan Malaysia pingat emas menerusi acara palang bertingkat (palang asimetrik) selepas meraih 13.000 mata sekali gus menewaskan dua pencabar dari Vietnam dan Singapura di Pusat Gimnasium Quan Ngua.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat