Tabung #Aid4Palestine: Pahang Sumbang RM250,000

- Advertisement -

KUANTAN: Prihatin dan simpati serta ambil peduli terhadap kesengsaraan rakyat Palestin akibat kezaliman, keangkuhan dan ketidakperikemanusiaan rejim tentera Zionis, kerajaan negeri Pahang menyalurkan sumbangan RM250,000 ke Tabung #Aid4Palestine.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan ini ialah untuk turut membantu menjayakan sasaran sekretariat #Aid4Palestine bagi mengutip RM1 juta, sebelum disalurkan kepada pihak berwajib di negara Islam yang bergolak itu.

“Atas sikap ambil peduli dan simpati terhadap kesengsaraan rakyat Palestin akibat serangan berterusan regim Zionis Israel ke atas mereka, Kerajaan Negeri Pahang membuat keputusan menyumbang RM250,000 ke Tabung #Aid4Palestine.

” Sumbangan ini ialah untuk turut membantu menjayakan sasaran sekretariat #Aid4Palestine bagi mengutip RM1 juta, sebelum disalurkan kepada pihak berwajib di negara Islam yang bergolak itu.” kata beliau melalui kenyataan media, di sini, sebentar tadi.

Beliau juga menyarankan rakyat Malaysia dan Pahang termasuk dalam kalangan syarikat-syarikat swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO), untuk turut menyumbang ke Tabung #Aid4Palestine ini.

“Saya percaya, sekecil-kecil sumbangan sekalipun adalah penting sebagai manifestasi ukhwah/persaudaraan Islam kita, serta tanda bantahan keras seluruh umat manusia tanpa mengira anutan agama, terhadap kekejaman yang berlaku di sana.

“Semoga dengan ini, dapat memberi mesej bantahan jelas kepada pemimpin dunia terutama yang menyebelahi atau membisu dengan tindakan zalim terbaharu regim Zionis Israel, agar memaksa regim tersebut menghentikan serta-merta perbuatan terkutuk mereka, ujarnya. –SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat