Arsenal Tolak Tawaran Pengasas Spotify

PENGASAS Spotify mengesahkan pada Sabtu tawarannya untuk membeli Arsenal ditolak kelab berkenaan.

Menurut Daniel Ek, dia menghormati keputusan pengurusan The Gunners namun minatnya terhadap kelab itu masih kekal.

“Minggu ini, tawaran telah dibuat kepada kedua-dua Josh Kroenke (pemilik kelab) dan bank mereka, yang termasuk pemilikan peminat, kedudukan dalam lembaga pengarah dan habuan lumayan untuk penyokong.

“Mereka membalas mengatakan mereka tidak mahu wang itu. Saya hormat keputusan itu tetapi masih tetap berminat dan bersedia sekiranya mereka mengubah fikiran,” kata Ek menerusi Twitter.
Ek dilaporkan mempunyai aset bernilai ASD4.7 bilion.

Selain Ek, turut sama dalam pasukan membida Arsenal adalah pemain lagenda kelab itu, Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Vieira.

Hasrat Ek membeli Arsenal dinyatakan selepas cadangan penganjuran Liga Super Eropah (ESL) terkubur.

Peminat Arsenal dilaporlkan membantah tindakan pemilik kelab kerana berhasrat menyertai ESL.

Sementara itu, keluarga Kroenke menegaskan, pihaknya kekal komited dengan The Gunners dan tidak akan menjual sebarang kepentingan.

– Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Jurulatih Penjaga Gol Kelantan FC Letak Jawatan

KOTA BHARU: Hanya selepas enam bulan bersama Kelantan FC, jurulatih penjaga gol pasukan Riccardo Mattioli meletakkan jawatan, berkuat kuasa hari ini. Menurut kenyataan The Red...

FGV Sedang Muktamadkan Pelantikan CEO Kumpulan, Kata Pengerusinya

KUALA LUMPUR: Syarikat perladangan FGV Holdings Bhd sedang memuktamadkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu. Pengerusinya Datuk Dzulkifli Abd Wahab berkata FGV, selaku...

Tiga Kali Naik Podium, Nazim Harumkan Nama Malaysia Pada Euroformula Open

BELGIUM – Pelumba muda negara, Nazim Azman mempamerkan pemanduan terbaiknya pada perlumbaan pusingan ketiga Euroformula Open apabila meraih tiga podium berturut-turut ketika bersaing di...