Alumni 4B Malaysia lancar Tabung Dana Solidariti Al-Aqsa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia  (Alumni 4B Malaysia) akan melancarkan Tabung Dana Solidariti Al-Aqsa sebagai tanda sokongan padu dan solidariti terhadap rkayat Palestin.

Presiden  Alumni 4B Malaysia, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad Al-Husaini berkata, ianya sebagai tanda sokongan padu dan solidariti kepada rakyat Palestin yang sengsara akibat kezaliman Zionis.

Tegasnya, Alumni 4B Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya kekerasan dan keganasan tentera regim Israel terhadap rakyat Palestin.

Dalam pada itu, beliau juga mendesak agar

kerajaan Malaysia agar segera bertindak membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya bertindak tegas mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terhadap rakyat Palestin

“Alumni 4B Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tentera regim Israel yang bertindak ganas, zalim dan melakukan kekejaman yang keterlaluan serta di luar norma kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

“Alumni 4B Malaysia turut kecewa dan kesal dengan serangan udara dan pencerobohan berterusan tentera regim Israel terhadap rakyat Palestin ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah di Masjid Al-Aqsa. Perbuatan keji dan biadab ini telah mencemar kehormatan agama Islam amat mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh dunia,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau juga menyeru seluruh ahli Alumni 4B Malaysia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dirayu untuk menyumbang ke tabung ini.

“Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (ALUMNI), No Akaun 86-0006389-3 CIMB, InsyaAllah sumbangan kita akan menjadi pembakar semangat buat rakyat Palestin dan saham akhirat untuk kita.” ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat