Malaysia, Indonesia dan Brunei Gesa Masyarakat Antarabangsa Kekal Tegas Wujudkan Negara Palestin Merdeka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menggesa masyarakat antarabangsa kekal tegas dengan komitmen mereka terhadap ‘penyelesaian dua negara’ ke arah mewujudkan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Ketiga-tiga pemimpin yang mengutuk keras pencabulan dan keganasan berulang kali tentera Israel di Wilayah Palestin yang diduduki turut berkata, mereka sedia menyokong usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian aman, adil dan berkekalan di Timur Tengah.

“Kami meminta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengatur sidang tergempar bagi menangani perkembangan buruk dan mencari Penyelesaian Aman Bersama dengan matlamat menamatkan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin,” kata mereka.

Kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu dikeluarkan di sini malam ini berikutan memuncaknya keganasan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.

Menerusi kenyataan bersama itu, mereka turut menyuarakan kebimbangan mengenai perluasan penempatan haram dan tindakan merampas dan memusnahkan struktur milik Palestin di kawasan Tebing Barat yang diduduki termasuk di sekitar Baitulmaqdis Timur. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat