Aku dan Guru sajak ikhlas Radzi sempena 16 Mei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Guru, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mendeklamasikan sajak sebagai tanda ingatan dan penghargaan beliau terhadap pengobanan guru.

Sajak yang dikarangnya setahun lalu itu bertajuk “Aku dan Guru” berkisar betapa beliau menghargai jasa dan budi guru yang mendidik sepanjang hayatnya sehingga kini.

Antara inti pati yang disampaikan Radzi dalam sajak berkenaan ialah kedudukannya sekarang sebagai Menteri Kanan Pendidikan adalah kerana jasa dan khidmat bakti guru yang mendidiknya.

“Aku di sini bukan kerana aku dilahirkan bijak, pandai, pintar apatah lagi hebat, sebaliknya kerana dititipnya pendidik dan penjaga yang sentiasa sabar dan sedia mengajari erti dunia.

“Ilmu dipaku ke dalam jiwa, menusuk tajam ke akal geliga. Ia menjadi pedoman buat kembara, sebagai ingatan di hari tua,” coret Radzi di Facebooknya.

Malah menurut beliau tanpa guru siapalah dirinya hidup kosong tanpa arah tuju.

Kata Radzi lagi deklamasi dan sajaknya tidaklah sempurna tetapi ikhlas dari hati sebagai tanda ingatan kepada guru yang banyak berjasa termasuklah mahaguru beliau iaitu Allahyarham Cikgu Jidin, bapanya. -SuaraTV 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat