Serangan Di Masjid Al-Aqsa, Malaysia Kutuk Tindakan Kejam Tentera Penjajah Israel – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan Jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.

Tegasnya, tindakan kejam itu menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan oleh tentera penjajah Israel terhadap hak-hak asasi, kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.

“Malaysia amat bimbang susulan peningkatan keganasan di Wilayah Palestin Yang Diduduki Israel.

“Sehubungan itu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa pada 15 April 2022 lalu.

“Serangan yang berlaku ke atas salah sebuah masjid paling suci bagi umat Islam dan dalam bulan Ramadan yang mulia ini menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan oleh tentera penjajah Israel terhadap hak-hak asasi, kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.” kata beliau melaui kenyataan medianya, pada Sabtu.

Dalam pada itu, kata Ismail Sabri lagi, Malaysia meminta masyarakat antarabangsa memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin yang berpanjangan ini.

Malaysia juga menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram Israel

“Mendasari hal ini, Malaysia meminta masyarakat antarabangsa memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin yang berpanjangan ini.

“Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan bagi rakyat Palestin selain kemakmuran di rantau Timur Tengah.

“Pada masa yang sama, Malaysia juga menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram Israel, merealisasikan aspirasi untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya.” Ujarnya.

Terdahulu, Sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera susulan pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin apabila tentera menyerbu perkarangan masjid selepas solat subuh pada Jumaat.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat