Britain Lulus Vaksin Valneva, Lebih Berkesan dan Tahan Lama

- Advertisement -

LONDON – Agensi Kawal Selia Ubat dan Produk Penjagaan Kesihatan Britain (MHRA) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keenam di negara berkenaan, lapor akhbar Metro News UK semalam.

Dinamakan Valneva, vaksin yang dihasilkan farmaseutikal Perancis itu dipercayai lebih berkesan melindungi badan daripada jangkitan virus Covid-19 dan untuk tempoh lebih lama berbanding vaksin lain.

Britain adalah negara pertama di dunia yang memberi kelulusan kepada penggunaan vaksin tersebut.

Ia diluluskan untuk penggunaan oleh mereka yang berumur 18 tahun hingga 50 tahun dengan dos pertama dan kedua diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 28 hari.

Menurut Jurnal Perubatan British (BMJ), Valneva boleh menarik minat mereka yang teragak-agak tentang penghasilan vaksin semasa kerana menggunakan teknologi baharu.

Vaksin Valneva sebaliknya menggunakan kaedah yang lebih ‘konvensional’, kata BMJ.

Ia adalah vaksin nyahaktif virus pertama yang berjaya mendapatkan kelulusan MHRA.

Proses sama telah digunakan secara meluas dalam pengeluaran vaksin selesema dan polio.

“Sebagai vaksin nyahaktif virus, ia mungkin lebih berkesan dalam tempoh lebih lama apabila lebih banyak varian muncul daripada vaksin yang menyasarkan lonjakan protein ciri-ciri SARS-CoV-2,” tulis BMJ.

Valneva menyatakan bahawa ujian klinikal pada tahun lepas menunjukkan vaksin itu menghasilkan tindak balas imunisasi lebih kuat dan kurang kesan sampingan berbanding vaksin AstraZeneca.

Syarikat bioteknologi Perancis itu berkata, vaksin mereka menghasilkan antibodi terhadap varian Delta dan Omicron. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat