Senator Guan Dee Dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Baharu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan YB Senator Datuk Guan Dee bin Kon Hoi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi, pelantikan tersebut adalah selaras Fasal (1) Perkara 43A Perlembangaan Persekutuan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan perlantikan YB Datuk Senator Guan Dee bin Kon Hoi sebagai Timbalan Menteri Persekutuan,” kata kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu lagi, pelantikan tersebut bagi menggantikan YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Ketingan yang telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020.

“Istiadat Perguniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia sertaa Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini 16 April 2021,” kata kenyataan tersebut. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat