RM1.5 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan di Pahang – Wan Rosdy

- Advertisement -

LIPIS: Kerajaan negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang (YP) mensasarkan seramai 16,800 murid sekolah rendah dan menengah dalam kalangan kurang berkemampuan akan menerima Bantuan Awal Persekolahan.

Menurut Menteri Besarnya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, bantuan yang akan diterima murid sekolah rendah dan menengah dalam bentuk peralatan sekolah seperti beg sekolah, botol air dan alat tulis, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta ringgit.

Jelas Wan Rosdy, barangan  ini  akan  diagihkan  kepada  400  orang  murid  di  setiap  42 kawasan masing-masing.

Menteri Besar Pahang berkata demikian ketika menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan dan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada penduduk di kawasan DUN Jelai, di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Sungai Koyan, Lipis pada Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan menerima bantuan persekolahan seperti beg sekolah, botol air dan alat tulis.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor, Exco Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi, YDP Lipis Dato Mohd Hafizi Ibrahim dan dif-dif jemputan.

“Terima kasih kepada Yayasan Pahang kerana menganjurkan program yang cukup bermakna ini.

“Kerajaan Negeri mensasarkan seramai 16,800 murid sekolah rendah dan menengah dalam kalangan kurang berkemampuan akan menerima Bantuan Awal Persekolahan dalam bentuk peralatan sekolah seperti beg sekolah, botol air dan alat tulis, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta ringgit.

“barangan  ini  akan  diagihkan  kepada  400  orang  murid  di  setiap  42 kawasan masing-masing.” katanya.

Wan Rosdy pada majlis itu juga menyampaikan Sumbangan Ihya’ Ramadan berupa wang tunai RM300 dan kurma kepada 537 orang penduduk DUN Jelai terdiri daripada anak-anak yatim seramai 167 orang, pesakit kronik/pesakit terlantar seramai 243 orang dan ibu tunggal seramai 127 orang yang implikasi kewangan berjumlah RM161,100 ringgit.

Selain itu, 13 buah masjid pula menerima sumbangan RM10,000 bagi setiap masjid iaitu RM5,000 sumbangan Yayasan Pahang dan RM5,000 lagi sumbangan Kerajaan Negeri, dan 34 buah surau pula menerima sumbangan RM3,500 bagi setiap surau iaitu RM1,000 sumbangan Yayasan Pahang dan RM2,500 sumbangan Kerajaan Negeri.

“Saya berharap penerima sumbangan ini dapat menggunakan peruntukan yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

“Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat