CYBERJAYA: Yoodo penyedia perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital telah mengumumkan menaja skuad Futsal Selangor Fc dan pasukan e-sukan Selangor FC.
Menurut kenyataan media Yoodo, penajaan ini menyaksikan kesinambungan kerjasama Yoodo dengan Selangor FC, selepas syarikat itu menjadi penaja utama pasukan e-sukan Yoodo Selangor Red Giants pada tahun lalu.
“Yoodo, penyedia perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital, baru-baru ini mengumumkan penajaan skuad Futsal Selangor FC serta pasukan e-sukan Selangor FC dalam misi syarikat itu untuk menakluki era baharu kegemilangan dan dominasi digital.
“Penajaan ini menyaksikan kesinambungan kerjasama Yoodo dengan Selangor FC, selepas syarikat itu menjadi penaja utama pasukan e-sukan Yoodo Selangor Red Giants pada tahun lalu. Penajaan kali ini juga menjadi lebih bermakna kerana logo jenama Yoodo dengan bangganya dipaparkan pada jersi pasukan e-sukan Selangor FC dan skuad Futsal Selangor FC untuk musim 2024,” kata kenyataan itu, pada Sabtu.
Majlis pengumuman itu diadakan di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam, dan disaksikan oleh Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dan Pengurus Besar Skuad Futsal Selangor FC, Mimi Afzan.
kata kenyataan itu lagi, skuad Futsal Selangor FC telah mempamerkan pencapaian cemerlang selepas berjaya menjuarai dua edisi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada tahun 2019 dan 2022. Pada tahun 2020, pasukan itu turut dinobatkan sebagai juara Piala Futsal Malaysia.
Jelas kenyataan itu, Futsal Selangor FC ditubuhkan pada tahun 2019 oleh seorang wanita yang mempunyai semangat membara tentang futsal, Puan Mimi Afzan, yang juga mengendalikan kelab futsal terkenal M.A.C sejak lebih sedekad yang lalu.
“Kelab itu sememangnya terkenal dalam industri futsal terutamanya dalam liga futsal sosial. Didorong oleh semangat juang yang tinggi, beliau telah bekerjasama dengan Selangor FC untuk mengambil bahagian dalam kejohanan sulung MPFL (Futsal Liga Perdana Malaysia) pada tahun 2019.
“Selangor FC telah dinobatkan sebagai juara pertama MPFL pada tahun itu dan berjaya meneruskan rekod kemenangannya pada tahun 2022 dengan menjadi juara berganda MPFL dan MFC. Pada tahun 2021, pasukan itu mengambil bahagian dalam Kejohanan AFF dan berjaya memenangi tempat ketiga sekali gus mengekalkan prestasi baik pasukan itu pada tahun 2022 di belakang Indonesia dan Thailand,” ujar kenyataan itu.
Dalam pada itu, Futsal Selangor FC menukar namanya kepada Selangor MAC dari tahun 2020 hingga 2023, dan untuk musim MPFL 2024 akan datang ini, kelab itu kembali dinamakan sebagai Futsal Selangor FC.
Yoodo, syarikat telekomunikasi digital sebenar pertama di Malaysia, memperkasakan penggunanya dengan kebebasan untuk mengubah suai sepenuhnya pelan mudah alih mereka dengan hanya satu aplikasi sahaja, mempamerkan kepercayaan Yoodo bahawa semua orang adalah unik.
Dengan lebih dari 31 bilion kombinasi pelan yang boleh dipilih dengan mudah, tahap penyesuaian yang tinggi ini membolehkan individu itu menikmati pengalaman mudah alih sebenar, tanpa sebarang kontrak atau caj tersembunyi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.yoodo.com.my dan ikuti @yoodoMY di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan X. -SUARATV