Pemuda UMNO  akan buat laporan polis terhadap KK Mart – Dr Akmal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, sayap pergerakan pemuda UMNO seluruh Malaysia akan membuat laporan polis terhadap KK Mart susulan penjualan stoking sekolah tertera kalimah Allah.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia yang terjejas dan terkesan apa yang telah berlaku di KK Mart ini untuk sama-sama buat laporan supaya polis boleh ambil tindakan.

“Kalau tak boleh siasat tak ada laporan, maka pemuda UMNO seluruh Malaysia akan buat laporan polis mulai hari ini (Sabtu),

“Ayuh semua rakyat Malaysia,kita tunjukkan kepada mereka yang kurang ajar ini,bahawa negara ini masih lagi ada orang yang boleh mengajar mereka yang kurang ajar!!!,” tegasnya menerusi Facebook beliau.

Semalam kenyataan polis mengatakan bahawa kes yang berlaku di KK Mart iaitu stoking yang ditulis dengan kalimah Allah tidak dapat disiasat kerana tiada yang dibuat ke atas insiden  tersebut.

Terdahulu, stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, tular selepas gambar produk berkenaan dimuat naik pengguna di media sosial sejak 13 Mac lalu.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat