Xavier diugut ‘Menteri Kanan’ sebelum lompat parti- Anwar

- Advertisement -

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Xavier Jayakumar diugut ‘Menteri Kanan’ sebelum bertindak lompat parti.

Menurut Anwar sebelum meninggalkan PKR, Xavier ada menemui beliau seminggu sebelum berkongsi masalah yang dihadapinya.

Ketua Pembangkang itu memaklumkan tiada krisis dalaman PKR yang menjadi punca bekas Naib Presiden itu lompat parti.

“Tiada (masalah dalaman PKR). Dia (Xavier) ada jumpa saya seminggu sebelum lompat.

“Dia jumpa saya dan sebut pasal masalah dia hadapi. Saya beritahu dia kita akan bantu dan kita akan lawan.

“Dia juga sebut dia jumpa Menteri Kanan yang beri ugutan, setakat itu saja,” dedah Anwar.

Sebelum ini, Anwar memberitahu wakil rakyat yang bertindak melompat atau keluar parti akan berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM10 juta, setiap seorang.

Beliau memberitahu, buat masa ini pasukan perundangan parti itu sedang meneliti proses berkenaan. -SuaraTV

“Ya. Surat itu biasa dan dia pun tahu. Kita terpaksa laksanakan,” ujar Anwar merujuk surat yang bakal dikemukakan kepada Xavier ekoran tindakan lompat parti tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat