Anwar nak jumpa Azam Baki jelas taktik kotor PN beli MP

- Advertisement -

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ingatan tegas kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya ‘mencuri’ lima hingga enam orang ahli Parlimen PKR mereka masih belum cukup majoriti.

Anwar mendedahkan setakat ini lima ahli Parlimen PKR diugut dan cuba dibeli supaya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan tindakan ‘menekan’ PN itu, Presiden PKR tersebut akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki untuk meminta satu pertemuan bagi menjelaskan cubaan sogokan yang dibuat oleh PN terhadap ahli Parlimen parti itu.

“Saya nak tegaskan di sini, dengan menarik lima hingga enam orang ahli Parlimen PKR ke dalam PN dia belum lagi mendapat majoriti.

“Saya pagi esok akan tulis kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta pertemuan untuk jelaskan hal demikian.

“Ahli Parlimen Sekijang, Padang Serai, Sungai Siput, Putatan dan Miri memang sebut ada yang mereka beri ugutan atau pelawa dengan pelbagai sogokan dan umpan untuk menarik sokongan mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang itu memberitahu taktik ini bukan politik, ini disebut penipuan menggunakan salah guna kuasa dengan cara menekan.

“Sekarang dia (PN) dapat tiga (MP PKR) enam pun belum cukup 110. Ini yang saya pasti dengan kenyataan yang jelas,” ujar Anwar.

Kata beliau, PN tidak terima kenyataan tentang proses demokrasi bukannya berlindung di belakang badan-badan berkuasa.

“PN ugut orang, tekan orang, cakap dengan megah hanya untuk dapat sokongan,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat