Riwayat enam jahanam akan ditamatkan – Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Nasib enam ahli Parlimen Bersatu yang ‘curang’ akan dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung Khas parti itu yang dijadual pada 2 Mac ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris menegaskan, riwayat ‘enam jahanam’ akan ditamatkan selepas tindakan mereka berpaling tadah daripada blok pembangkang dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Insya-Allah maka tamatlah riwayat enam jahanam.

“Mudahan Bersatu kembali bangkit dan terus mara,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Perhimpunan Agung Khas Bersatu yang dijadual pada awal bulan depan dan dilihat menjadi langkah parti itu meminda sebahagian daripada perlembagaannya.

Parti itu mengambil tindakan tersebut selepas enam daripada ahli parlimennya mengambil pendirian sendiri dengan memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

Merujuk notis yang dikeluarkan Datuk Seri Hamzah Zainudin selaku Setiausaha Agung, Perhimpunan Agung Khas tersebut dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor pada 2 Mac.

Bersatu menerima tamparan apabila seorang demi seorang ahli parlimennya mengumumkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Setakat ini enam ahli parlimen sudah berbuat demikian dengan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) memulakan langkah tersebut pada 12 Okt 2023 sebelum diikuti lima yang lain.

Ahli parlimen terbaru yang berbuat demikian ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) pada 24 Jan lalu.

Dua hari kemudian, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, mengadakan sidang media dan mengumumkan ada 10 lagi ahli parlimen pembangkang akan mengikut jejak mereka.

Menurut Hamzah perhimpunan agung khas bulan depan dibuat mengikut Fasal 12.5.1 Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan dengan itu, diharapkan semua perwakilan dapat hadir demi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti,” menurut surat itu.

Pada penghujung bulan lalu Hamzah memaklumkan Bersatu bercadang meminda perlembagaan parti itu untuk menghalang lebih ramai ahli parlimen mengalih sokongan mereka.

Hamzah juga menegaskan keputusan Bersatu mengambil langkah undang-undang ke atas enam ahli parlimen terbabit, serta bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat