Jangan Serang Lawan, Kempen Secara Positif – Isham Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon-calon yang menawarkan diri bertanding dalam Pemilihan UMNO dinasihatkan agar berkempen secara positif dan tidak menyerang lawan.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengingatkan apabila calon-calon berkempen secara negatif ia secara tidak langsung akan memberi persepsi negatif daripada parti lawan.

“Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini kita banyak bincang berkenaan pemilihan yang akan datang.

“Perkara yang boleh dibuat, yang tidak boleh, macam etika semasa pemilihan boleh berkempen tapi secara positif jangan kempen negatif membuka serangan calon lain

“Bila berkempen secara negatif bukan dalam parti sahaja tengok tapi lawan UMNO pun tengok itu tidak baik,” katanya ketika ditemui media di Menara Datuk Onn, malam ini.

Ditanya mengenai jumlah calon yang menawarkan diri pada pemilihan Mac ini beliau tidak boleh memaklumkan secara spesifik.

“Setakat ini saya tidak boleh beritahu secara spesifik.

“Sehingga hari ini amat menggalakkan jumlah yang nak bertanding dalam UMNO.

“Ini membuktikan demokrasi terus bercambah,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat