Dira Tawar Diri Rebut Ketua Puteri UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar menawarkan diri merebut jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan Mac ini.

Dira yang juga ADUN Rim menegaskan, sesiapa sahaja yang menawarkan diri mesti mempunyai nilai tambah dan mampu membawa parti jauh lebih baik.

“Saya rasa dalam musim yang diraikan untuk musim pemilihan, kita pun sedia maklum kaunter nak serahkan borang dibuka dan setelah kita nak tengok pemilihan ini bukan sahaja alasan untuk pastikan perubahan atau pun nak cari pemimpin baharu dan sebagainya sahaja tetapi nak pastikan sesiapa yang bakal tawarkan diri ini adalah orang yang mempunyai nilai tambah dan kita mampu bawa parti jauh lebih baik.

“Saya hanya nak maklumkan dengan semangat demokrasi dalam parti ini, saya Dira Abu Zahar tawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO,” katanya ketika sidang media di Menara Datuk Onn malam ini.

Beliau memaklumkan akan menyerahkan borang pencalonannya esok, Jumaat.
Sementara itu, Dira juga mengakui sudah memaklumkan pencalonannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga penyandang jawatan itu, Datuk Zahid Zarik Khan.

“Dah, pengurusan pemakluman sembah maklum dah selesai dan berjalan dengan lancar. Kita dah maklumkan kepada Ketua Puteri UMNO sekarang, dah maklumkan kepada Presiden dan Pengerusi Perhubungan negeri saya sendiri (Melaka) iaitu Datuk Ab Rauf Yusoh.

“Alhamdulillah semua dah maklum dan barulah saya beritahu. Saya memang banyak ditanya tetapi malam ini baru saya (saya maklumkan)… dah selesai pengurusan, aturan kena ikut. walaupun nak tawarkan diri tetapi demokrasi,” ujarnya.

Ditanya berapa saingan yang bakal dihadapinya, Dira bagaimanapun tidak pasti.

“Tak pasti tapi mengikut makluman Presiden, dia dah beritahu ada empat tetapi tak pasti termasuk saya atau tidak,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, tidak akan mempertahankan jawatan kerana beliau sudah melepasi had usia ditetapkan.

Selain Dira, beberapa nama sudah menyatakan hasrat bertanding jawatan itu, antaranya Penolong Setiausaha Puteri Umno, Nurul Hazwani Haslan; EXCO Puteri UMNO, Fadhwa Anuar dan Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Dr Maslina Harun.
Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Februari lalu hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan berlangsung pada 1 hingga 26 Februari ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian bersama pemilihan EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan MKT akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat