Wan Rosdy Ucap Tahniah Dua Orang Anak Jati Pahang Ketuai Jabatan Bomba

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucap tahniah kepada YAS Dato’ Abdul Wahab Haji Mat Yasin yang kini dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) manakala YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Mohammad menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM.

Menurut Wan Rosdy, kedua-dua mereka anak jati Pahang.

Katanya lagi, kedua-dua figura yang hebat ini juga pernah menjadi Pengarah JBPM Pahang serta mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam bidang kebombaan.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada dua anak Pahang yang telah menjawat jawatan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu YAS Dato’ Abdul Wahab Haji Mat Yasin yang kini dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM, manakala YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Mohammad menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM.

“Malah kedua-dua figura yang hebat ini juga pernah menjadi Pengarah JBPM Pahang serta mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam bidang kebombaan.

”Saya yakin, Dato’ Abdul Wahab dan Dato’ Ts. Nor Hisham dapat menjalankan tugas dengan cemerlang serta penuh dedikasi selain membuktikan anak Pahang mampu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Syabas dan Tahniah sekali lagi.” ucap Wan Rosdy.

Terdahulu pada Khamis, YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YAS Dato’ Edwin Galan Teruki yang dilansungkan di Dewan Sutera, Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam.

Dalam majlis yang sama juga turut dilansungkan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas antara YAS Dato’ Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin kepada YAS Dato’ Edwin Galan Teruki selain penyerahan Nota Serah Tugas kepada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM berkuatkuasa pada tarikh yang sama.-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat