VTL Malaysia-Singapura Kembali Ke kapasiti 100 Peratus – Dr Wee Ka Siong

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jualan tiket-tiket bas dan penerbangan di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura kembali kepada kapasiti tempat duduk 100 peratus bagi kedua-dua jenis pengangkutan itu berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata penjualan tiket-tiket penerbangan di bawah VTL akan dibuka berkuat kuasa serta-merta untuk perjalanan segera, manakala penjualan tiket bas juga dilaksanakan serta-merta, namun hanya untuk perjalanan mulai 22 Feb dan seterusnya.

“Ia berdasarkan penilaian risiko semasa, dan dengan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata Wee dalam kenyataan hari ini.

Singapura dan Malaysia melancarkan VTL perjalanan udara dan darat pada 29 Nov lepas, namun kedua-dua negara menghentikan penjualan tiket pada 23 Dis susulan kebimbangan terhadap penularan COVID-19 varian Omicron.

Penjualan tiket bas dan penerbangan untuk VTL darat dan udara antara Malaysia dan Singapura dibuka semula pada 21 Jan lepas tetapi dengan pengurangan 50 peratus dalam jumlah yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan, berbanding sebelumnya.

Wee berkata inisiatif VTL berjaya meningkatkan jumlah perjalanan antarabangsa, yang membantu merancakkan sektor pelancongan dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi.

Sejumlah 171,583 pelancong dari Singapura telah mendapat manfaat daripada inisiatif itu bagi kedua-dua jenis pengangkutan sehingga 14 Feb lepas.

“Kita berharap VTL akan memberi manfaat kepada rakyat dan menggiatkan semula ekonomi kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu Wee berkata Malaysia dan Singapura sedang dalam perbincangan lanjut mengenai usaha memperluaskan VTL bagi perjalanan melalui pengangkutan udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Pada masa ini, VTL penerbangan hanya disediakan bagi perjalanan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi.

“Kita harap dapat melancarkan perkhidmatan ini (Pulau Pinang dan Kota Kinabalu) tidak lama lagi,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat