Skuad Badminton Malaysia Belasah Singapura 5-0

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Skuad lelaki negara melaungkan amaran awal dalam misi memburu gelaran pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 apabila mudah membenam cabaran Singapura menerusi kemenangan 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan B, hari ini.

Pada aksi di Pusat Konvensyen Setia City itu, jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang kini bergerak secara profesional memberikan aura positif apabila menumbangkan juara dunia, Loh Kean Yew 21-6, 21-14 untuk menyumbang mata pertama buat pasukan.

Pemain berusia 24 tahun itu, berkata selepas apa yang dilaluinya awal tahun ini membabitkan kemelut dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas memutuskan untuk meninggalkan badan induk berkenaan, kemenangan ke atas Kean Yew adalah permulaan baik untuk kerjayanya bagi menghadapi saingan musim ini.

“Saya sangat gembira dapat menyerap tekanan dalam perlawanan hari ini kerana saya sedar ini perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat. Saya pun memang teruja untuk menentang Kean Yew.

“Saya cuba bermain tanpa mengikut emosi sebaliknya kekal tenang sepanjang perlawanan Saya gembira dapat menyumbang mata pertama kepada pasukan, ” kata Zii Jia ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Rentak kemenangan Zii Jia diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menyumbang mata kedua buat pasukan menerusi kemenangan ke atas Denny Bawa Chrisnanta-Wesley Koh Eng Keat 21-14, 21-12 sebelum perseorangan kedua, Ng Tze Yong kembali bangkit bagi memastikan kemenangan awal Malaysia hasil kejayaan menewaskan Jason Teh Jia Heng 17-21, 24-22, 21-19.

Beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei meraih mata keempat selepas menundukan gandingan Terry Hee-Andy Kwek 21-10, 21-13 sebelum perseorangan ketiga, Leong Jun Hao melengkapkan kemenangan skuad negara menerusi kemenangan ke atas Joel Koh Jia Wei 21-17, 22-20.

Malaysia dijadual bertemu Kazakhstan dalam aksi kedua Kumpulan B esok dan jika menang secara automatik layak ke separuh akhir sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan akhir Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, Mei depan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat