Wanita Maut, Leher Putus Dipenggal Anak Tiri

- Advertisement -

GUA MUSANG – Seorang wanita maut dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya putus dipercayai dipenggal anak lelaki tirinya di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek, di sini, petang ini.

Selepas kejadian pukul 4.55 petang, suspek berusia 39 tahun menyerah diri di Balai Polis Bertam, di sini sambil mengaku membunuh mangsa berusia 54 tahun dengan parang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Sik Choon Foo berkata, polis yang ke lokasi kejadian menemukan mayat mangsa dalam keadaan kepala terpisah dari badan.

“Mengikut siasatan awal, suspek adalah seorang penagih dadah dan pesakit mental. Siasatan masih dijalankan di lokasi dan perkembangan lanjut dimaklumkan kemudian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, suspek juga mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana kes mencuri motosikal dan Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana kes pecah rumah. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat